Pepatah Arab ada mengatakan SAHABAT itu seperti ini;
Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.
Sabda Rasulullah mengenai sahabat iaitu; ( copy by TanpaSuara)
Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya (H.R Abu Daud).
Jom cari sahabat seperti di bawah : (copy by tanpasuara)
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Setiap orang pasti inginkan sahabat seperti ini,jom kita bersama-sama memupuk semangat persahabatan yang diredhai Allah.
Assalamu'alaikum teman. :)
BalasPadamBetul tu Jiah, kalau nak katakan kawan, memang ramai. Cuma sahabat, jangankan kata seorang, nak susah pun cari. Semoga kita menemui seorang sahabat sejati. Paling tidak, seorang pun sudah cukup. InsyaAllah biiznillah. ^_^
Semoga suatu hari nanti kita menemui seseorang yg boleh digelar 'sahabat'. Selamat berdakwah. :)
Waalaikumsalam,sahabat :)
BalasPadamkau pun mmggil sda aku dgn nma Jiah..heheh
btl 2,aku sokong apa yg kau ckp..teman sjati sukar utk dicari..InsyaAllah,klu ditentukan Allah kita psti mnemuinya..:)