Blogger Layouts

Sabtu, 9 Jun 2012

Sukar untukku memahami

     Dalam kehidupan ini, sukar untuk kita jalani kehidupan sekiranya tidak mempunyai teman-teman yang memahami diri kita. Apa yang kita sedar adalah kawan setakat tempat mengadu, tempat meluah, tempat melepaskan geram, bahan umpatan dan sebagainya. Sukar untuk kita menyedari apa sebenarnya maksud KAWAN, TEMAN, SAHABAT, RAKAN dan FRIEND. Kita juga sukar untuk memahami maksud sebenar AKRAB, KARIB, RAPAT dan SEJATI.
     
    Pepatah Arab ada mengatakan SAHABAT itu seperti ini;


Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.


      Sabda Rasulullah mengenai sahabat iaitu; ( copy by TanpaSuara)


Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya (H.R Abu Daud).
  


    Jom cari sahabat seperti di bawah : (copy by tanpasuara)

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
 Setiap orang pasti inginkan sahabat seperti ini,jom kita bersama-sama memupuk semangat persahabatan yang diredhai Allah.


Isnin, 17 Oktober 2011

Andai waktu Terhenti

Andai waktu terhenti,
  Aku akan terus menyanyi..
Andai waktu terhenti,
  Aku akan terus menari..
Andai waktu terhenti,
  Aku akan terus berlari..
Andai waktu berhenti,
  Aku akan terus menggapai bintang..
Andai waktu tetap berhenti,
  Aku akan tetap mencari indahnya persahabatan..
Tetapi,andai waktu tidak bisa berhenti lagi,
  Aku akan tetap di sini,mencari sesuatu yang hakiki dan abadi..

Sabtu, 1 Oktober 2011

kita kan kawan

aik,aku pelik la dgn kau..
aku baru ja knl kau..
yg kau amik perhatian kat aku knp???
aku heran la..bila aku tny kau ni knp???
kau msti jwb xpa aku kan kwn kau..
lps 2 kau x suka bila aku ckp ada pakwe,
aku tny knp plak???
kau msti jwb kita kan kawan..
lps 2 bila aku ckp aku mls nak lyn kau..
kau msti jwb 'xkan smpai mcm 2 kot,kita kan kawan'..

hmpir tiap ari kau sbut pkara yg sama..
aku sntiasa ingat pkataan itu..
pkataan itu seolah2 ada mksd disebalik ayat itu..


slps itu kau x msj lg..
aku heran jg..
ttba ja kau msj aku hari seterusnya..
kau tulis kat dlm msj 2 'kita kan kawan'..
aku reply tp kau kata x pyhla reply..
aku bingung dgn kau ni..

aku semakin bingung dgn kau..
aku delete ni hp n nama kau dlm hidup aku
tp hmpir tiap hari kau ganggu aku slps itu..
aku buat derk je..
ada satu mlm 2,aku trma msj dr kau
tp aku tak bc pun..
sbb aku fikir msti pkataan yg sama kau tulis..


keesokkan harinya barula aku baca msj kau..
rupa2ny kau tulis "Fiqra,aku rasa khdpn aku akan b'akhir hari ini..kau x nak tgk aku ke?"

maafkan aku kerna tdk mgambil berat psl kau..
aku mysl..'kau la teman sejati buat aku'...